'
Cara Membuka Mata batin ( Pembukaan Indra Ke Enam )
Anda melihat dunia luar dengan menggunakan mata fizik anda, imej yang
di pancarkan pada retina mata merupakan aktiviti neurotransmitter
atau rangsangan eletrik biologi, merupakan alat untuk otak
berkomunikasi dengan mata. Emej yang terbentuk adalah terbalik. Otak
mempunyai kemampuan untuk mencerna emej tersebut dalam bentuk seperti
apa yang kita lihat pada hari ini.
Kita lupa bahawa manusia memiliki satu lagi mata. Telah di kenali
manusia sejak zaman dahulu lagi, cuma kita tidak menyedarinya dengan
minda yang terbuka. Ahli sains menamakanya 'Pineal Gland' ahli
kerohanian menamakanya 'mata batin'. Dengan mata ketiga ini juga kita
melihat dunia dalam dan luar diri kita dengan lebih jelas bahkan
melampaui penglihatan dimensi ketiga. Mata ketiga terletak pada
tengah tengah otak kita.
Fungsi sebenar kelenjar misteri masih menjadi penelitian dan kajian
ahli philosophers dan Spiritual diseluruh dunia. Orang Yunani Kuno
percaya bahawa pineal gland atau mata ketiga ini mempunyai hubungan
yang sangat rapat dengan kecerdasan, menurut kepercayaan mereka
disinilah terletaknya jiwa yang merupakan pusat pengendalian diri.
Mata ketiga ini dapat di aktifkan dengan meningkatkan kekuatan eletrik
biology, cahaya, bunyi dan mengendalikan irama gelombang otak. Mata
ketiga ini bekerja secara harmoni bersama kelenjar hypothalamus ,
bertanggung jawab mengendalikan fungsi tubuh bertindak sewaktu lapar,
keinginan seksual, jam biologi dan suhu badan. Bila mata ketiga
terbuka anda akan merasakan ada sedikit tekanan pada bahagian belakang
kepala. Menurut kajian ahli sains, tekanan dan terbukanya mata ketiga
ini berlaku apabila anda menghubungkan otak dengan gelombang-gelombang
tertentu.
Penemuan tentang kewujudan mata ketiga dan fungsinya merupakan sebuah
pengetahuan baru bagi ahli psysiological. Sedangkan penemuan ini telah
lama berkembang menjadi sebuah pelajaran bagi tradisi sufi, mistik dan
esoterik, menurut tradisi ini hubungan antara pertengahan otak hingga
kekawasan dua alis mata merupakan jendela antara dua dunia, dunia
rohani dan dunia fizikal. Ini dapat di lihat dengan jelas dalam ibadah
solat.
Dengan mempertimbangkan kekuatan dan hubungan mata ketiga dengan alam
kerohanian yang boleh di capai oleh manusia. Maka kita melihat betapa
pentingnya mata ketiga ini di beri perhatian utama, untuk
memperolehi kemampuan kekuatan supernatural. Mata ketiga dapat
melihat sesuatu di sebalik mata yang menjadi panca indera kita selama ini.
Kelenjar pineal atau mata ketiga mengandungi peta untuk otak bekerja
dengan sempurna. Terutama dalam membentuk layar batin dalam minda.
Membantu minda bekerja dalam bentuk visual. Pembentukan layar batin
ini merupakan sebahagian dari fungsi yang harus ada dalam kehidupan
manusia. Infomasi yang di sampaikan dari retina ke hypothalamus di
namakan retinohypothalamic tract. Ia membawa infomasi kitaran cahaya
dan kegelapan kepada wilayah hypothalamus, dalam satu pusingan yang
lengkap proses ini di namakan suprachiasmatic nucleus (SCN).
Dari SCN, isyarat saraf akan bergerak menghantar infomasi pada saraf
pineal (sympathetic nervous system) kepada pineal gland ( mata ketiga
). Isyarat ini akan memberi kesan kepada pengeluaran melatonin.
Apabila isyarat ini berhenti (pada waktu malam dimana isyarat cahaya
tidak begitu kuat untuk merangsangkan kelenjar hypothalamus), Ini akan
memberi kesan kepada rangsangan jam biologi dalam kehidupan manusia.
Proses merangsangkan melatonin pada mata ketiga ini masih menjadi
misteri dan dalam pengkajian. Tiada siapa pun yang tahu tentang
hubungan antara melatonin dengan SCN. Pineal gland ( mata ketiga )
akan mengeluarkan melatonin, sewaktu anda melakukan relaksasi dan
visualisasi. Tubuh badan kita akan mengeluarkan electromagnetic
energy, bio eletrik energy dan bertindak balas dengan tubuh fizikal_
membentuk medan tenaga di sekelilingi kita begitulah bagaimana pineal
gland bekerja.
Apabila pineal gland ini aktif atau terbuka ia akan membentuk jalur
komunikasi kerohanian, berhubung dengan dunia batin. Hubungan antara
kelenjar ini dengan pusat tenaga yang sangat kuat. Hubungan ini
berlaku melalui ubun-ubun atau cakra mahkota anda. Sebagai contoh cuba
anda perhatikan keadaan seorang bayi yang baru lahir, anda akan dapati
di bahagian ubun ubun bayi tersebut ada bahagian lembut, di situlah
merupakan hubungan antara bayi dan alam kerohanianya berhubung.
Hubungan ini terbentuk dari alam kandungan lagi
.
Apabila bayi tersebut mula meningkat dewasa hubungan tersebut terhenti
akibat penggunaan mata fizik yang berlebihan. Bayi mengenali dunia
luar menggunakan mata fizik tersebut. Energy yang sepatutnya di
gunakan pada mata ketiga telah di ambil alih oleh mata fizik.
Akibatnya bayi hanya di asuh dan di didik melalui apa yang dia lihat,
dengar, sentuh, cium dan rasa. Panca indera luaran ini saja yang
membentuk sifat dan cara berfikir manusia.
Contoh: Pernahkah anda melihat orang buta, ? Perhatikan bagai mana
intuisi orang buta berkembang menjadi lebih peka dari orang biasa. Ini
di sebabkan penggunaan mata fizik yang kurang. Maka energy di gunakan
pada 'indera dalaman' maka indera dalamanlah yang lebih bekerja dari
indera luaran.
Adalah amat rugi jika pengetahuan ini tidak anda manfaatkan dengan
baik. Keseimbangan antara indera dalaman dan indera luaran merupakan
sesuatu yang wajib ada pada setiap manusia yang ingin berjaya dalam
kehidupan dua dimensi
( alam dunia dan alam rohani ). Indera dalaman dapat di aktifkan
dengan berbagai cara, melalui mind metode atau kerohanian bukan
menjadi soal yang penting hasil dan tujuanya. Anda dapat membuat
sebuah penilaian dan keputusan serta tindakan bergantung daripada
maklumat yang anda perolehi dari kedua indera tersebut.
Jika keputusan yang hendak di ambil bersifat fizikal, anda di sarankan
menggunakan indera luaran. Misalnya menentukan sebuah perniagaan yang
harus anda pilih, lihatlah dulu bukti bukti kejayaan yang telah di
perlihatkan kepada anda. Jika keputusan yang ingin di ambil bersifat
dalaman, misalnya kejujuran, kepercayaan, tanggung jawab seseorang
bahkan menentukan pasangan hidup anda. di sarankan anda mengindera
dengan indera dalaman anda. lihat bukti kerohanian anda, lihat melalui
mata ketiga anda, pendengaran batin anda, suara hati anda dengan
jelas. barulah anda melakukan sebuah tindakan.
Lebih lebih lagi jika kedua dua indera anda bekerja secara serentak.
Anda akan mendapatkan maklumat tersebut melalui kedua dua indera
sekaligus. Hubungan kerohanian ini berlaku apabila anda melakukan
relaksasi dan visualisasi minda.
Latihan:
1. Relaksasi minda, jiwa dan fizikal anda. kendurkan seluruh tubuh
badan anda.
2. Niatkan dalam hati anda " saat ini saya semakin rilek semakin
tenang, semakin tenang"
3.Lakukan pernafasan ZMP ( teknik dan cara dapat anda perolehi dengan
email [EMAIL PROTECTED] ).Pernafasan ZMP merupakan sebuah teknik
pernafasan yang sangat luar biasa dapat membangkitkan tenaga eletrik
bio dalam jangkamasa yang sangat singkat. (15-30 min). Pernafasan ini
juga menjaro2u.com ajarkan dalam kursus "The Power Of Your Subconsious
Mind".
4.Dengarkan CD 3RD eye Stimulation.
5. Sambil mendengar CD tersebut goyang kan badan ke kiridan ke kanan
dengan lembut. Seperti orang sedang berzikir. Bertujuan untuk
seimbangkan belahan otak kiri dan kanan dan mempermudahkan perjalanan
eletrik Bio ke dalam saraf pineal (sympathetic nervous system).
Lakukan terus menerus sehingga anda merasakan ada renjatan eletrik
berkuasa rendah di bahagian mata ketiga anda
6.Apabila aliran eletrik naik kebahagia mata ketiga. Anda akan melihat
layar batin yang beranikan warna. Warna layar batin anda bergantung
pada emosi yang anda pancarkan. Seperti mata fizikal anda yang
berinteraksi dunia luar menggunakan isyarat eletrik. Begitu juga lah
mata batin anda bekerja. Isyarat eletrik sangat penting di bangkitkan
untuk memperjelaskan penglihatan mata batin anda, dengan mendengarkan
CD 3RD eye Stimulation dan melakukan latihan ini penglihatan anda akan
mencapai seperti screen TV. Selamat mencuba.
Demikian Cara Membuka Mata batin semoga bermanfaat.
Sunday, August 26, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment